Tuesday, September 30, 2008

Persiapan Menyambut Aidilfitri

Dari tahun ke tahun, aku membuat persiapan hari raya dengan hanya "monitor" sahaja..haha! Apa yang aku lihat ialah kakak-kakak ku dan adik perempuan (kaum hawa) yang akan membuat persiapan. Ada jugak aku tolong, tolong belikan vanila flavour yg dlm botol kecik dan telur 10 biji.

Semalam plan untuk hari ni ialah menolong ibuku mengemas rumah, apabila ku bangun saja dari tidur, ku melihat bibik sedang mengemas rumah. Dah takde jodoh aku nak mengemas, nak buat camne..haha! So aktiviti malam ini berkemungkinan seperti semalam, pergi ke jalan TAR untuk shopping..best woh! walaupun keadaan trafik pejalan kaki agak sesak, tetapi masih bergerak perlahan tiada halangan..Terima kasih kepada pegawai-pegawai MBKL yang mengawal keadaan di jalan TAR.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua ahli keluargaku, kawan2 (sekolah, miat, company lamaku, Apft) dan semua muslimin dan muslimat yang dikasihi!

No comments: